Selasa, 3 Ogos 2010

KOSONG TAPI SARAT

Bismillahirrahamanirrahim...


Alhamdulillah terhadap Rabb,
segala pujian dan syukur hanya milikNya yang Satu...
Selawat serta salam terhadap junjungan besar baginda
Rasulullah SAW,kaum kerabat Baginda, sahabat-sahabat
Baginda serta para pewaris Baginda sehingga akhirnya...

Alhamdulillah...
syukur kehadrat Illahi kerana masih menggerakkan ana dan antum semua masih dalam keadaan sihat dalam lingkungan kalimah "Tiada tuhan selain Allah, Muhammad SAW itu pesuruh Allah"...

Selagi dua kalimah tersebut masih terpahat utuh di setiap sanubari umat, Insya` Allah umat tersebut akan sentiasa mendapat kurniaan nikmat serta rahmat yang tinggi menggunung, melimpah umpama lautan...
Semoga kita semua tergolong dalam golongan ini, Amin...

Sedar atau tidak, penghulu segala bulan hampir menjelma... Inilah antara nikmat yang paling besar kepada umat Muhammad SAW yang selalu dilupai oleh makhluk yang berstatus muslim...

Ramadhan didatangkan bukan untuk menyiksa atau untuk melemahkan umat Islam,
namun ianya hadir dengan lautan rahmat serta barakah khas untuk segelintir umat Islam yang berjaya memanfaatkannya dengan penuh bijaksana (menurut kacamata Islam...

Ana ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk sama-sama kita meluangkan masa untuk membuka kitab tafsir beberapa minit untuk mentadabbur maksud ayat al-Quran 183, surah al-Baqarah...
Yang mana ayat tersebut berbunyi:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."

Ayat tersebut mewajibkan umat Islam yang beriman supaya berpuasa sepertimana syariat umat-umat sebelum umat Muhammad SAW (agama samwi). Ini bermakna ibadah puasa telah diamalkan oleh nabi-nabi sebelum Rasullullah SAW serta pengikutnya...

Sebelum itu, ana ingin mengajak antum semua untuk memahami apalah sebenarnya puasa dari sudut Islam secara ringkas...

Menurut bahasa arab puasa adalah 'as-siam' atau 'as-saumu'. selain itu ianya juga di sebut juga dengan 'imsak' yang mana membawa maksud menahan diri atau meninggalkan daripada melakukan sesuatu perbuatan...

Ini bermakna puasa bermaksud 'suatu perbuatan menahan diri sendiri daripada makan, minum serta perbuatan-perbuatan yang boleh membatalkan amalan puasa bermulanya terbitnya fajar sadiq sehingga terbenamnya matahari pada hari berkenaan...

Menurut kitab subulussalam, jilid 2 muka surat 15, yang mana pengarangnya as-shan`aniy mendefinisikan puasa dengan 'menahan diri dari makan, minum, jimak dan perkara yang membatalkan puasa pada siang hari mengikut syarat-syaratnya tertentu. selain itu, hendaklah dijaga dari mengucapkan perkataan yang buruk dan di tegah oleh syarak...

Matlamat yang utama dalam ibadah puasa adalah untuk mencapai tahap keimanan yang paling tinggi dalam diri terhadap Allah...
Tahap ini dikenali sebagai Taqwa...

Taqwa berasal dari perkataan waqa, masdarnya (kata terbitannya) at-taqwa.
Ianya bermakna beramal kepada Allah dengan penuh ketaatan...

Segala perbuatan mahmudah diamalkan dan perbuatan mazmumah dijauhi adalah merupakan tanda seseorang itu memiliki nilai ketaqwaan dalam diri...

HIKMAH-HIKMAH PUASA...

Badan terhindar dari sebarang penyakit. Meningkatkan keimanan.

Menyelami kesusahan orang-orang miskin.

Limpahan rahmat dari Allah.

Berdisiplin.

Menguji keikhlasan.

Mengajar hidup bersederhana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan