Ahad, 11 Julai 2010

HANYA SATU NAFAS

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh...


Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Tuhan Rabbul Izzati
kerana masih lagi memberi ruang serta peluang kepada ana
serta saudara/i semua
untuk bernafas di muka bumi Allah yang penuh mehnah
dan tribulasi mutakhir ini...

Hampir dua bulan ana tidak mengemaskini laman maya ini,
ekoran kemudahan yang tidak mengizinkan ana
berbuat demikian...
alhamdulillah,
kini ana berpeluang untuk berkongsi
sedikit pengalaman bersama antum semua
dengan semangat dan azam yang baru.
Doa ana
semoga laman ini dapat memberi
sedikit manfaat kepada kita semua,
insya Allah...

Dalam tempoh lebih kurang dua bulan percutian ana,
Ana cukup tertarik dengan satu sms
yang ana terima dari sahabat ana
yang berkisar mengenai nafas...
Jazakumullah khaira jaza` wahai sahabat...

Subahanallah...
begitu menyentuh naluri ana
hingga terkedu...
begitu indahnya lenggok bahasa,
indah lagi maksudnya...

Ianya membuatkan ana rasa cukup bersyukur
kerana telah dikurniakan seorang sahabat
yang selalu memberi keinsafan kepada ana...


SATU NAFAS

Ianya amat bermakna kepada kita sebagai
makhluk,
selagi diberi peluang untuk mengecapinya
selagi itulah kita akan digelar sebagai
makhluk yang masih
bernyawa
lagi hidup...

Tetapi barang diingat saudaraku,
Sesungguhnya makhluk yang bergelar
Izrail a.s
tidak akan sesekali mengingkari perintah
Tuhannya...

Barang diingat saudaraku,
Nafas hanya satu
tetapi
memiliki dua bahagian (mengikut ana)...

Bermulanya ia pada sedutan
gas oksigen
melalui hidung...

Alhamdulillah sahabat,
antum masih lagi hidup
dan masih mempunyai peluang untuk bertaubat
dari dosa-dosa silam yang menggunung...

Namun sayang wahai saudaraku,
waktu tersebut kita selalu habiskan
dengan perkara-perkara
yang berbau hanyir keduniaan...

Astaghfirullah al-`azim 3x...


Kemudiannya sahabat,
kita akan mengeluarkan
gas karbon dioksida
melalui hidung...

Barang diingat lagi wahai sahabatku...
Mungkin hembusan nafas tersebut
adalah
hembusan terakhir kita di alam fana ini...

Innalillah wa inna ilaihi raji`un...


Waktu itu,
waktu yang tiada lagi
bagi kita untuk menyedut
dan menghembus nafas...

Tiada lagi air mata taubat...
tiada lagi khusyuknya beribadat...
tiada lagi hausnya puasa sunat...
tiada lagi kedengaran munajat zikrullah...
tiada lagi syahdu bacaan kitab yang mulia...
tiada lagi kesejukan wuduk dinihari...
tiada lagi dan terus tiada...


Semalam dan kini
kita dapat mengecapi kedua-dua nikmat tersebut,
mungkin esok tidak lagi...

Ayuh wahai sahabat-sahabatku...
Kita guna bahagian nafas yang pertama ini
untuk mengenali diri kita yang sebenar
untuk mendapat keimanan yang hakiki
terhadap

Allah S.W.T,
para malaikat-malaikatNya,
kitab-kitabNya yang mulia,
para rasul-rasulNya,
serta beriman terhadap takdir hidup kita samada ianya baik mahupun buruk...

Marilah sama-sama kita rujuk
al-Quran
surah al-baqarah ayat 285 dan 177
surah an-nisa` ayat 136

al-Hadis,
sila rujuk sahih
muslim, syarah an-nawawi juzuk 1 mukasurat 157,
bukhari, kitab fathul bari juzuk 1 mukasurat 96 & 97




Peluang tidak selalu dibekalkan...
gunalah ia
untuk kemurnian hidup
didunia dan akhirat...

Manfaatkanlah ia sebelum sampainya bahagian nafas kedua yang terakhir...


Wallahu a`lam bi kulli hal...

Salam ukhwah...
wassalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan