Jumaat, 21 Disember 2012

lembaran seterusnya


LEMBARAN SETERUSNYA…

Assalamualaikum Warahmatullah Wa Barakatuh…

Selawat Dan Salam Ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Para Ahli Keluarga Baginda, Sahabat-sahabat Baginda Seluruhnya Sehingga Kehari Kiamat…

Kehidupan manusia sememangnya tidak boleh terkeluar dari pelukan masa. Keseronokan manusia yang telah terlena dipangkuan masa tidak akan sesekali boleh dijadikan dalil sebagai hujjah dimahkamah Allah SWT dihari muka. Masa boleh dikatakan sebagai pemusnah kebahagiaan atau boleh juga dianggap ruang berguna untuk menggenggam kebahagiaan hakiki didunia mahupun akhirat…



Terlena, terpesona, tergoda…


Antara perkataan yang terlimpah keluar dari bibir-bibir umat Islam khususnya apabila bercerita dengan masa lampau…

Alangkah sedihnya, apabila lidah dengan angkuh dan hebatnya menggunggapkan kepada diri, kepada keluarga, kepada kawan-kawan, kepada masyarakat, kepada media, kepada dunia…

AKULAH ISLAM
KAMPUNG AKULAH KAMPUNG ISLAM
NEGERI AKULAH NEGERI ISLAM
NEGARA AKULAH NEGARA ISLAM


Betapa tidak malunya kita mengakui sedemikian…

Cerminlah akhlak kita…

Sesungguhnya tiada gunanya unggapan sehebat itu bagi Allah…

Namun???

Dimanakah niat bagi yang ikhlas bagi orang-orang yang berada di Negara bukan Islam, bukan juga dari keluarga Islam…
Bukankah keikhlasan hati dikira oleh Allah berbanding unggapan terlebih manis dari madu…

Berbalik pada skop masa…
Nikmat masa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita amatlah luas dan besar…
adakah kita mengisinya dengan perkara-perkara yang bermanfaat…

Dengan ini marilah kita sama-sama membuka kitab suci al-Quran menerusi surah Al-’Asr

وَٱلۡعَصۡرِ
Demi Masa!

إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian

إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡر
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan 
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


Menerusi ayat berkenaan, adakah cukup untuk kita buktikan kepada Allah nanti dengan pengakuan bahawa "aku Islam"?

Jika beranggap sedemikian

Betapa kosongnya dada kita,
kosongnya jiwa kita,
kosongnya nur Islam dalam diri kita,
sunyinya kehidupan dengan suasana kehidupan Islamiyyah….

Sepatutnya…

Kenyataan "aku umat Islam" itu disusuli dengan tindakan dan pengamalan kita sepanjang 24 jam sehari dengan kehidupan yang telah dianjurkan oleh Islam menerusi contoh tauladan yang telah di sampaikan oleh Rasulullah saw…

Untuk mengaku Islam, kita mastilah berusaha sedaya upaya untuk mengamalkan perintah Allah sepanjang kehidupan kita seharian, bermula dari bangun tidur sehingga tidur semula…

Segala perkara berikut telah diberi panduan serta petunjuk oleh Allah menerusi al-Quran serta Rasulullah saw menerusi al-Hadis…

Allah swt sendiri telah bersumpah dengan masa…
Bahawa betapa ramainya manusia yang tidak memanfaatkan masa yang lebih tinggi dari nilai jongkong emas itu…
Betapa lenanya manusia diulik kelekaan sehingga tidak tersedar bahawa segunung masa telah dipersia-siakannya…

Alangkah ruginya kita…
alangkah bodohnya kita…
alangkah celakanya kita… sekiranya bongkak…

Allah swt telah memberi peluang untuk kita menikmati masa, memelihara Al-Quran dari kemusnahan sebagai rujukan kita,

namun…
Tidak mengisi masa yang ada dengan mentadabbur al-Quran…

Dipenghujung surah di atas, Allah swt telah memberi cara serta kaedah yang terbaik untuk umat Islam untuk keluar dari kurungan mereka yang tersesat dalam peta masa…

iaitu dengan mengerjakan perkara-perkara dan amalan yang baik…
disamping itu juga mestilah mengamalkan hidup bermasyarakat yang sihat dengan berpesan-pesan untuk menuju kearah kebaikan bersama-sama samada di dunia dan akhirat…

WALLAH 'ALAM......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan