Jumaat, 21 Disember 2012

lembaran seterusnya


LEMBARAN SETERUSNYA…

Assalamualaikum Warahmatullah Wa Barakatuh…

Selawat Dan Salam Ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Para Ahli Keluarga Baginda, Sahabat-sahabat Baginda Seluruhnya Sehingga Kehari Kiamat…

Kehidupan manusia sememangnya tidak boleh terkeluar dari pelukan masa. Keseronokan manusia yang telah terlena dipangkuan masa tidak akan sesekali boleh dijadikan dalil sebagai hujjah dimahkamah Allah SWT dihari muka. Masa boleh dikatakan sebagai pemusnah kebahagiaan atau boleh juga dianggap ruang berguna untuk menggenggam kebahagiaan hakiki didunia mahupun akhirat…



Terlena, terpesona, tergoda…


Antara perkataan yang terlimpah keluar dari bibir-bibir umat Islam khususnya apabila bercerita dengan masa lampau…

Alangkah sedihnya, apabila lidah dengan angkuh dan hebatnya menggunggapkan kepada diri, kepada keluarga, kepada kawan-kawan, kepada masyarakat, kepada media, kepada dunia…

AKULAH ISLAM
KAMPUNG AKULAH KAMPUNG ISLAM
NEGERI AKULAH NEGERI ISLAM
NEGARA AKULAH NEGARA ISLAM


Betapa tidak malunya kita mengakui sedemikian…

Cerminlah akhlak kita…

Sesungguhnya tiada gunanya unggapan sehebat itu bagi Allah…

Namun???

Dimanakah niat bagi yang ikhlas bagi orang-orang yang berada di Negara bukan Islam, bukan juga dari keluarga Islam…
Bukankah keikhlasan hati dikira oleh Allah berbanding unggapan terlebih manis dari madu…

Berbalik pada skop masa…
Nikmat masa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita amatlah luas dan besar…
adakah kita mengisinya dengan perkara-perkara yang bermanfaat…

Dengan ini marilah kita sama-sama membuka kitab suci al-Quran menerusi surah Al-’Asr

وَٱلۡعَصۡرِ
Demi Masa!

إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian

إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡر
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan 
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


Menerusi ayat berkenaan, adakah cukup untuk kita buktikan kepada Allah nanti dengan pengakuan bahawa "aku Islam"?

Jika beranggap sedemikian

Betapa kosongnya dada kita,
kosongnya jiwa kita,
kosongnya nur Islam dalam diri kita,
sunyinya kehidupan dengan suasana kehidupan Islamiyyah….

Sepatutnya…

Kenyataan "aku umat Islam" itu disusuli dengan tindakan dan pengamalan kita sepanjang 24 jam sehari dengan kehidupan yang telah dianjurkan oleh Islam menerusi contoh tauladan yang telah di sampaikan oleh Rasulullah saw…

Untuk mengaku Islam, kita mastilah berusaha sedaya upaya untuk mengamalkan perintah Allah sepanjang kehidupan kita seharian, bermula dari bangun tidur sehingga tidur semula…

Segala perkara berikut telah diberi panduan serta petunjuk oleh Allah menerusi al-Quran serta Rasulullah saw menerusi al-Hadis…

Allah swt sendiri telah bersumpah dengan masa…
Bahawa betapa ramainya manusia yang tidak memanfaatkan masa yang lebih tinggi dari nilai jongkong emas itu…
Betapa lenanya manusia diulik kelekaan sehingga tidak tersedar bahawa segunung masa telah dipersia-siakannya…

Alangkah ruginya kita…
alangkah bodohnya kita…
alangkah celakanya kita… sekiranya bongkak…

Allah swt telah memberi peluang untuk kita menikmati masa, memelihara Al-Quran dari kemusnahan sebagai rujukan kita,

namun…
Tidak mengisi masa yang ada dengan mentadabbur al-Quran…

Dipenghujung surah di atas, Allah swt telah memberi cara serta kaedah yang terbaik untuk umat Islam untuk keluar dari kurungan mereka yang tersesat dalam peta masa…

iaitu dengan mengerjakan perkara-perkara dan amalan yang baik…
disamping itu juga mestilah mengamalkan hidup bermasyarakat yang sihat dengan berpesan-pesan untuk menuju kearah kebaikan bersama-sama samada di dunia dan akhirat…

WALLAH 'ALAM......

Jumaat, 30 Mac 2012

ADAKAH KAMU BERSYUKUR?




Al-Baqarah ayat 152, Maksudnya:
"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)."


Alhamdulillah....

Teramat besar nikmat Mu Wahai Razzaq....
Teramat luas kurninaan Mu Wahai Rahman....

Jiwa memberontak keresahan
terasa kosong hidup tanpa Rahmat Mu......

Teramat membukit dosaku.....

Teramat malu diri ini mengadap Mu Ya Allah.....
Jiwa dipenuhi serpihan noda dunia.....
Teramat jauhnya diriku....
Hanyut dek ombak keduniaan.....

Nikmat yang teramat besar ku dapat dari Mu....
Namun teramat sedikitnya syukur ku....


Teramat tidak bersyukurnya diri ku.....
Masih terasa kekurangan dalam kemewahan terhidang....
Masih terasa kerdil dalam baju bangswan....

Ampunilah dosa hamba Mu ini Ya Allah....
Tiada tempat lain untukku menagih pengharapan....
"Kepada Mu aku menyembah"
"Dan kepada Mu jua aku minta pertolongan"

WalhamdulillahiRabbil`Alamin



Jumaat, 13 Januari 2012

Pantai guruku


Alhamdulillah syukur hamba kehadrat Illahi diatas nikmat terbesar dalam kehidupan iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam keatas junjugan besar Rasulullah Sallallahu `Alaihi wa Sallam keluarga Baginda serta para sahabatnya yang di redhai Allah seluruhnya.

Alhamdulillah hamba terkenang dikala teringat deruan ombak menerjah pendengaran. Kelihatan cantik ombak, pepasir pantai yang memutih, bertaburan kulit-kulit siput menghiasi bibir pantai.

Berlarinya anak kecil mengejar seorang lelaki berbaju kelabu...
Pendengaranku sayu-sayu diusik oleh suara halus si kecil...

hahahaha...... adik nak mandi paaa..... jom laaa.

{Sambil dikunci kemas jari jemari halus pada tangan kasar lelaki berbaju kelabu....}
{Senyuman terlukis gambaran kebahagiaan pada bibir si ayah....}

lelaki berbaju kelabu: Boleh, tapi zaid kena janji kat papa dulu ya....
Zaid: alaa papa ni.... Cepat la adik nak mandi laaa....

lelaki berbaju kelabu: Baiklah..... Zaid tak boleh pergi jauh-jauh tau.... {sekali lagi ukiran kebahagiaan seorang ayah dilukis pada senyuman lelaki itu...}

Zaid: hooorey.... {berlarinya si kecil mencecah air...}

lelaki berbaju kelabu: {bisikan hati; Zaid, terlalu pantas masa berlalu, kini engkau dah besar. papa doakan anak papa sentiasa.........}

Zaid: papa...... papa. Sejuknya....... {dagu yang comel kelihatan menggigil......}

lelaki berbaju kelabu: ok, jom kita pergi kat bawah pokok tu.... papa kira, satu, dua.....

Zaid: adik sampai dulu papa....... {terus meluncurkan langkah meninggalkan lelaki berbaju kelabu....}

lelaki berbaju kelabu: {ombakan kebahagiaan terpancar diwajah lelaki itu....} Zaid tipu papa ya.... papa tak habis kira lagiiii.... {berkejaranlah dua insan itu sambil bertawa riang....}

Zaid: adik sampai dulu...... {sambil terduduk penat... dadanya jelas nampak turun naik menagih udara untuk bernafas......}

lelaki berbaju kelabu: Zaid tak adil..... {sambil mengangkat budak tersebut ke atas ribanya....}

Zaid: aid tak kira... papa mesti kena denda.... hahaha.... {sambil berdiri, lagak macam askar berkawad... berjalan dihadapan lelaki itu...} disebabkan anda kalah, maka anda dihukum......

lelaki berbaju kelabu: yang arif, dipohon peringankan hukuman.... saya merayu, yang arif.....
{sambil memegang bahu si kecil itu....}

Zaid: keputusan adalah muktamad encik.... encik didapati bersalah dan dihukum bercerita pada yang arif..... hahahahah..... {gelakan nakal si kecil disambut lelaki itu......}

lelaki berbaju kelabu: hamba redha yang arif..... yang arif pun didapati telah melanggar
peraturan.... yang arif pun kena hukum jugak, hahahahah....... {gelakan dua beranak bersambung-sambung sehingga kepenatan.....}

Zaid: alaaaa...... denda apa paaaa.....

lelaki berbaju kelabu: emmmmmm...

Zaid: takpe pa, aid korek lubang, pastu timbus badan papa, nak?.... {sekadar mendahulukan pilihan lelaki itu}

lelaki berbaju kelabu: bijaknya anak papa....


Sambil dua beranak itu berhilai tawa, denda yang dikenakan turut dikenakan.... denda pengerat kasih panyimpul sayang antara kedua insan tersebut.


lelaki berbaju kelabu: {denda si ayah pun bermula......} aid tahu tak, kenapa papa letak nama aid, Abdul Zaid?

Zaid {sambil menimbus badan insan tersayang, mulutnya menyapa}: tak.... cite la pa...

lelaki berbaju kelabu: papa nak anak papa ni jadi macam namanya jugak... sentiasa bertambah...

Zaid: emmmmm.... bertambah? tak best la..... kenapa tak letak nama nur shahrul idhan talha pa? boleh jadi pemain bola....

lelaki berbaju kelabu: huhuhu.... aid, aid.... {sambil tersenyum teringat akan pemain bola tersebut....} papa nak anak papa sentiasa bertambah ilmu pengetahuan dari hari ke sehari.... aid kena jadikan hari ni lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini... aid faham tak?...

Zaid: ooooo, faham bos.... {sambil berdiri lurus dan mengangkat tangan tabik hormat macam askar....}

lelaki berbaju kelabu: {senyuman kagum seorang ayah terhadap semangat anaknya.....}

Zaid: haaaa, papa jangan lupa denda papa tak selesai lagi..... nak ngelak ya....

lelaki berbaju kelabu: ya.... ya..... aid, pipi papa gatal la.....

Zaid: kat sini ya pa... {sambil menggaru-garu pipi kiri lelaki itu.....}

lelaki berbaju kelabu: emmmmm, alhamdulillah..... lega....

Zaid: aid sayang papa, papa guru aid.... papa hero aid....

lelaki berbaju kelabu: {detikan hati lelaki itu : semoga aku tergolong dalam golongan yang berjaya mendidik dan menunaikan amanah sebagai seorang ayah.....} papa guru aid, guru papa adalah pantai.....

Zaid: {terdiam seketika merenung wajah insan yang selalu mendidiknya menyintai alam sekeliling... insan yang sering berteka teki dengannya....} aid tak paham..... {sambil mengalihkan pandangan kearah pantai yang bertalu-talu memukul pantai tanpa henti- henti....}

lelaki berbaju kelabu {agakan seorang ayah dapat membaca riak wajah anaknya bahawa ianya perlu kepada penjelasan, lalu dia berkata}: pantai, ombak dan laut banyak mengajar kita erti kehidupan....

Zaid: macam mana tu pa? aid tengok tak de apa-apa pun kat pantai ni?...... sama je macam tahun-tahun lepas.... ada pasir, ada ombak, ada kulit siput...

lelaki berbaju kelabu: aid nampak tak ombak?

Zaid: emmm, cantik-cantik-cantik....... ombak sentiasa ada kan pa.... tak berhenti..... {sambil merenung keajaiban ombak yang tidak mengenal erti penat, sentiasa mengisi dan memenuhi sunnah Illahi yang telah ditetapkan padanya}....

lelaki berbaju kelabu: manusia banyak buat kerosakan dan pencemaran ditengah laut dan pantai....

Zaid: cikgu nik kat sekolah pun cakap gitu juga pa.... pantai jadi kotor......

lelaki berbaju kelabu: betul tu aid.... cuba aid tengok, banyak sampah, plastik kat tepi pantai kan? dari mana ia datang....

Zaid: {mengangkat bahu sambil meminta penjelasan papanya}.

lelaki berbaju kelabu: datang dari tengah lautan......

Zaid: betul ke pa? {minta penjelasan}

lelaki berbaju kelabu: semua pencemaran yang berlaku ditengah laut ke, di pantai-pantai ke, akan dibawa oleh arus ombak kepantai.... tak kira ianya plastik, botol atau minyak mesti dibawa ombak kepantai-pantai....

zaid: jadi laut sentiasa bersih la pa?

lelaki berbaju kelabu: {menggantung persoalan} aid pun kena jadi macam ombak, pantai dan laut.... mereka adalah guru kita aid....

zaid: {menggaru kepala yang tidak bermakna kecuali kekeliruan yang membekas diwajahnya}

lelaki berbaju kelabu: {sambil tersenyum lelaki itu mengatakan} hidup bermasyarakat ini banyak ragam, banyak kerenahnya aid...

zaid: aid selalu kena kacau oleh budak kelas sebelah pa.... aid benci diorang

lelaki berbaju kelabu: aid.... tak elok benci orang, aid kena jadi macam ombak.... selalu menyingkirkan sampah-sampah ke pantai agar hidupan seperti ikan dapat hidup... aid pun kena jadi macam tu, mesti memberi manfaat pada orang lain walau pun orang tidak pernah berterima kasih....

Zaid: tak adil.........

lelaki berbaju kelabu: aid tengok pantai menerima sampah dari dalam laut, sedangkan sampah itu adalah sampah laut.... aid kena redha dengan ketentuan Allah sebab dunia ini bukan tempat keadilan....

Zaid: aid nak tuntut keadilan jugak....

lelaki berbaju kelabu: kan Allah dah sediakan tempat pengadilan.... akhirat adalah tempat yang betul-betul adil... aid buat baik sikit dapat balasan sikit dan jika aid buat jahat aid akan dapat balasan jahat juga nanti....

Zaid: aid faham... aid ingat papa pernah baca tafsir mengenai surah tu.... surah apa ya pa....

lelaki berbaju kelabu: oklah aid, anak papa.... jom balik.... perut papa dah berbunyi ni... nanti aid tanya mama ya surah apa....

Zaid: aid nak perkenalkan cikgu baru kita kat mama......



suara deruan ombak, keindahan pantai dan suara dua insan tadi kehilangan..... ditoleh kanan, kiri...... hamba tersenyum sendirian.......









Rabu, 11 Januari 2012

TEMAN rapatku


Alhamdulillah syukur hamba
yang tidak terhingga ana ucapkan kehadrat Rabbul `izzati
diatas sekalian nikmatNya
khususnya nikmat Iman dan Islam yang dianuti.
Dipohonkan agar nikmat tersebut berkekalan sehingga keakhir hayat kita semua.
Selawat serta salam keatas junjungan besar habibuna
mustafa Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam,
ahli keluarga Baginda
serta para sahabat Baginda seluruhnya
kepada penggigit syariat agung ini dengan gerham mereka
untuk memastikan syiar Islam utuh menyinar sehingga kehari ini.

Hamba dahulukan ungkapan seorang sahabat kepada hamba:


'bisikku pd Tuhan yg SATU...
Lindungilah temanku ini...
Dstiap hela nafasnya, Dstiap kelip matanya, Dstiapdegup jantungnya..
Byk yg ingin kupohon & kuharapkan utk dia
tpi jika satu shj yg dmakbulkan olehMu..'
"Lindungilah IMAN dHATInya krn dgn IMAN yg ada,
temanku pasti SELAMAT d dunia & akhiratnya..
amiin...

masej diterima:
11 jan 2012
drp: Wea


amiin.... Terima kasih sahabat diatas doamu....
Semoga Allah meletakkan kita dalam
lingkungan pertalian saudara seIslam...
Ikatan persahabatan yang diberkati...
Terima kasih sahabat....


Diharapkan engkau dapat membentukku
mengenali muslihat dunia yang membutakan
mencari dan mencintai akhirat
merasai halawah Iman bersama-sama
melukis perjalanan seorang insan muslim walau perit tetap bersama
membersihkan kehitaman noda yang tidak tersedar
mewarnai dengan pelangi-pelangi akhlak mahmudah pada jiwa yang lusuh
membina titian bahagia
berhempas pulas menanam benih-benih kejayaan
menuai keberkatan Illahi
mencipta mercu tanda persahabatan sejati
melukis motto tersendiri
"bersahabat & bercinta sampai kesyurga"....


biar gini sokmo sek kito

Jazakumullah khaira al-jaza` wahai sahabat...