Sabtu, 31 Disember 2011

KELUHAN RASA

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh......

Alhamdulillah,
segala pujian syukur
hamba panjatkan kehadrat Ilahi
kerana masih lagi memberi masa yang lapang
dan hati yang tenang dalam menempuh liku-liku hidup ini.


Selawat dan salam
keatas junjungan Rasulullah SAW,
serta keluarga Baginda dan para sahabat Baginda
seterusnya para penggigit AQIDAH Islam dengan gerham mereka
dalam memastikan Islam sentiasa teragung dan terbaik
dimuka bumi Allah SWT sehingga kesaat ini.........


Hamba doakan kita semua tergolong dalam golongan ini, insyaALLAH.....
amiiin ya Raba al-a`lamiin......


Pertamanya hamba bersyukur kerana Allah SWT mengurniakan
peluang untuk hamba terus berdialog dengan diri sendiri.......


sekadar untuk mengingati diri sendiri.
sekadar slot memuhasabah diri.
sekadar renungan empunya sendiri.
semoga keberkatan Illahi menyelimuti.


Setelah sebulan tahun 1433h di selami dan diterokai...
berjuta-juta nikmat yang Allah kurniakan kepada hamba
namun.....
Subahanallah......
berapa cebiskah syukur hamba???
Memang benar,
dunia merupakan tempat ujian...
oleh itu, setiap masa akan dimanfaatkan bagi insan yang
SENTIASA MEMBURU KESEDARAN...



diambang tahun baru masehi ini,
hamba terkedu apabila mengimbau kembali
saat-saat berlalu teramat pantas
masa, engkau umpama

pencantas leher-leher kebahagiaan
teramat rakus menelan impian
teramat zalim memberi hukuman
teramat beracun membinasakan keindahan
teramat kaya menghimpun keegoan
teramat dalam menggali telaga kemungkaran

demikianlah masa lalu hamba.....
kini tekad ditanam, usaha dibaja......

sehening pagi keinsafan bermula
semat dikalbu kekuatan ditimba
semangat dipandu nafsu dituba
seutuh gunung tegaknya jiwa



oleh itu,
berpeganglah kamu wahai jiwa pada tali Allah
berpeganglah kamu pada janji Allah
sesungguhnya Allah tidak akan sesekali akan memungkiri janjiNya....

demikianlah janji Allah kepada hamba dan sahabat-sahabat


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

إِذَا زُلۡزِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ زِلۡزَالَهَا

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,

وَأَخۡرَجَتِ ٱلۡأَرۡضُ أَثۡقَالَهَا

Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,

وَقَالَ ٱلۡإِنسَـٰنُ مَا لَهَا

Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi?

يَوۡمَٮِٕذٍ۬ تُحَدِّثُ أَخۡبَارَهَا

Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:

بِأَنَّ رَبَّكَ أَوۡحَىٰ لَهَا

Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).

يَوۡمَٮِٕذٍ۬ يَصۡدُرُ ٱلنَّاسُ أَشۡتَاتً۬ا لِّيُرَوۡاْ أَعۡمَـٰلَهُمۡ

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.

فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرً۬ا يَرَهُ ۥ

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬ شَرًّ۬ا يَرَهُ ۥ

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!


Amalan hamba dan saudara sekalian akan bertindak sebagai magnet kepada kita kelak
maka pilihlah jalan yang terbaik sebagaimana papan tanda
yang amat jelas lagi terang menerusi al-Quran dan al-Sunnah melalui
kuliah-kuliah agama yang disampaikan oleh guru-guru mursyid....

kita diberikan pilihan sedemikian..........

renung-renungkan sebelum bertindak wahai diri......

kemaksiatan didunia keazaban diakhirat
atau
kemasyhuran didunia kehinaan diakhirat
atau
kemenangan didunia kegagalan diakhirat
atau
ketaatan didunia kenikmatan diakhirat
atau
kesederhanaan didunia kenikmatan diakhirat
atau
kesabaran keredhaan kemenangan diakhirat


sekadar renungan muhasabah diri penegur nurani yang kian keruh dek kabus nafsu......
terima kasih sahabat.....

semoga hari ini terlebih baik dari semalam
diharapkan post ini memberi manfaat kepada hamba dan pelawat sekalian......

semoga kita semua diberkati Allah.....
amiin....