Khamis, 13 Januari 2011

PERINTAH RABBUNA

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين وصلاة و السلام على حبيبنا مصطفى محمد
نبي مرسلين وعلي آله وصحبه اجمعين...
أما بعد...
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi
serta segala isinya...
demikianlah antara tanda keagungan Allah…
adakah kita bertaqwa???

أفلا يتقون
Adakah kamu bertaqwa???

Teramat besar dan luasnya nikmat yang Allah kurniakan
kepada ana dan antum semua
demikianlah antara tanda Pemurahnya Allah
namun adakah kita bersyukur???

أفلا يشكرون
Adakah kamu bersyukur???

Demikianlah cebisan maksud ayat Al-Quran
yang sering kali kita jumpa
apabila membacanya…

Namun adakah ayat-ayat sedemikian memberi kesan
pada jiwa kita?...

Maha Suci Allah… jawapan tersebut adalah cerminan iman kita wahai sahabatku…

Dalam kesempatan ini,
marilah kita sama-sama bersyukur
diatas segala pemberian Allah kepada kita
dengan segala macam nikmat yang pelbagai
bermula kita diciptakan dialam rahim
sehingga kesaat ini…

Alhamdulillah…

KINI…

Ana, anta…
Saya, awak…
I, you…
Kawe, demo…
Lu, gua…

hidup dengan nikmat yang Allah kurniakan…
wajiblah kita semua bersyukur
dengan mengerjakan segala perintah Allah dan
berusaha dengan sehabis daya
melawan nafsu kejahatan…
dengan meninggalkan segala tegahanNya…

Demikianlah antara tanda
Insan beriman lagi bersyukur…

Teringat ana dengan analogi atau
perbandingan yang ustaz kuliah ana utarakan minggu lepas.

Perbandingan ini telah diberikan oleh beliau
semasa menyampaikan kuliah
Isu-isu aqidah dalam al-Quran dan al-Hadis…
Sebagai sampingan kepada modul yang tengah diperbincangkan…

Sebelum ana mengemukakan analogi yang telah dibawa oleh
ustaz ana…
suka ana mengajak antum semua
membuka kitab tafsir
atau sekurang-kurangnya
al-Quran tafsir dan rujuk ayat-ayat berikut:


وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأَدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat:
“Sujudlah kepada Nabi Adam.”
Lalu mereka sekaliannya sujud melainkan Iblis,
ia enggan dan takbur dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
-al-Baqarah :34


Firman Allah swt:

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَ‌ۖ قَالَ أَنَا۟ خَيۡرٌ۬ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِى مِن نَّارٍ۬ وَخَلَقۡتَهُ ۥ مِن طِينٍ۬

Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu
daripada sujud ketika Aku perintahmu?”
Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam,
Engkau (wahai Tuhan) jadikan aku dari api
sedang dia Engkau jadikan dari tanah.”
-al-A’raaf :12.


Firman Allah swt:

قَالَ أَرَءَيۡتَكَ هَـٰذَا ٱلَّذِى ڪَرَّمۡتَ عَلَىَّ لَٮِٕنۡ أَخَّرۡتَنِ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَـٰمَةِ لَأَحۡتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُ ۥۤ إِلَّا قَلِيلاً۬

(Iblis berkata) Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga Hari Kiamat,
tentulah aku akan menyesatkan zuriat keturunannya (Adam),
kecuali sedikit (di antaranya).
-al-Isra’:62


Firman Allah swt:

كَمَثَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ إِذۡ قَالَ لِلۡإِنسَـٰنِ ٱڪۡفُرۡ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّى بَرِىٓءٌ۬ مِّنكَ إِنِّىٓ أَخَافُ ٱللَّهَ رَبَّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

(Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap)
Syaitan ketika dia berkata kepada manusia:
Berlaku kufurlah engkau! Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab),
berkatalah Syaitan kepadanya:
Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu,
kerana sebenarnya aku takut kepada Allah,
Tuhan Yang Menguasai seluruh alam!
-al-Hasyr:16


الله اكبر
ALLAH MAHA BESAR…



Demikian rupa syaitan bersumpah….

Iblis berjanji…

Untuk???

Ingat-ingatah kawan…
Ingat-ingatlah sahabat…
Kita semua anak Adam…
Asalnya dari tanah…
Musuh ketat syaitan…
Dendam syaitan…

Renungi lagi ayat berikut…

وَقَرۡنَ فِى بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجۡنَ تَبَرُّجَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ ٱلۡأُولَىٰۖ وَأَقِمۡنَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتِينَ ٱلزَّڪَوٰةَ وَأَطِعۡنَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۚ ۥۤ
إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُذۡهِبَ عَنڪُمُ ٱلرِّجۡسَ أَهۡلَ ٱلۡبَيۡتِ وَيُطَهِّرَكُمۡ تَطۡهِيرً۬ا

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu
mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh
orang-orang jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang
serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya.
Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu)
hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu.
Wahai ‘AhlulBait’ dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya
(daripada segala perkara yang keji).
-al-Ahzab: 33


Terdapat ahli tafsir telah memberi pengertian
“Tabarruj" dengan maksud wanita yang mengenakan penutup
(kain selendang atau seumpamanya)
atas kepalanya dan tidak menutupi kemas auratnya
sehingga kelihatan leher dan segala perhiasan tubuhnya,
termasuklah rantai dilehernya.
(Ibn Kathir. jld 3. hlm: 482).

Manakala menurut pandangan ahli tafsir lain, "Tabarruj"
beerti seseorang wanita yang dengan sengaja menyerlahkan
kecantikan tubuhnya yang boleh mengakibatkan kaum lelaki ghairah.
(Tafsir al-Alusi. jld 21. M/s: 8)


وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ
وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّ‌ۖ
وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآٮِٕهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ
أَوۡ أَبۡنَآٮِٕهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ أَخَوَٲتِهِنَّ أَوۡ نِسَآٮِٕهِنَّ
أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّـٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِى ٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٲتِ ٱلنِّسَآءِ‌ۖ
وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ‌ۚ
وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)
dan memelihara kehormatan mereka
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup
belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau
bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,
atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak
bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,
atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka
atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan
tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang
belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi
dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


Firman Allah berbunyi:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ
ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا
الاحزاب:59

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu
serta perempuan-perempuan yang beriman,
supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya
(semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk
mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)
maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah)
Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Demikianlah wahai sahabat-sahabat ku….

Penurunan ayat-ayat yang menegur dan menyuruh umat Muhammad saw
agar menutup aurat…


Secara terang-terangan penegasan menerusi ayat diatas bahawa aurat
wajib dijaga
dari pandangan orang lain…


Namun…

Yang menjadi persoalan,

Allah memerintahkan Syaitan agar sujud tanda penghormatan terhadap Adam.
Namun ianya ingkar dan dihukum
takabbur dan kufur….


Adakah manusia yang ingkar dengan tegahan Allah
seumpama penjagaan aurat juga dianggap
takabbur dan kufur…


Kedua-dua perkara diatas merupakan perintah
Allah kepada makhlukNya…


Jika ingkar…..


Balasan yang amat pedih sedia menanti kita….
Balasan Allah tidak akan pernah mengenali pangkat dan darjat…
Setiap yang bersalah dijanjikan pembalasan yang setimpal…

Jika ana seorang:
Petani…..
Nelayan……..
Guru…….
Doktor……
Peguam…….
Menteri besar……
Perdana menteri…..
Sultan…..

Sekali ana mesti dihukum andai melakukan dosa…
Andai ana menggadaikan kehidupan akhirat ana dengan RM dunia….

Andai ana mendakap populariti dunia dan melepaskan kenikmatan madu Syurga abadi……

Renung-renungkanlah….
Kita punya masa
Punya nyawa
Punya kekuatan
Punya kesedaran

Ayuh bangkitlah dari kealpaan dunia yang semakin membongkok…
Selagi hayat dikandung badan
Bawalah badan dikandung iman
insyaALLAH syurga menanti

Wallahu a`lam…..


Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh….




Sabtu, 1 Januari 2011

LEMBARAN SETERUSNYA…


Assalamualaikum Warahmatullah Wa Barakatuh…

Selawat Dan Salam Keatas
Junjungan Besar Nabi Muhammad Saw,
Para Ahli Keluarga Baginda,
Sahabat-Sahabat Baginda dan Semua
Para solihin Seluruhnya Sehingga Kehari Kiamat…

Kehidupan manusia sememangnya
tidak boleh terkeluar
dari pelukan masa...


Keseronokan manusia yang telah terlena
dipangkuan masa tidak akan sesekali boleh
dijadikan dalil sebagai hujjah
dimahkamah Allah swt dihari muka...

Masa boleh dikatakan sebagai
pemusnah kebahagiaan
atau
boleh juga dianggap
ruang berguna untuk menggenggam
kebahagiaan hakiki
didunia
mahupun
akhirat…

Terlena,,,
terpesona,,,
tergoda…

Antara perkataan yang terlimpah keluar dari
bibir-bibir umat Islam khususnya
apabila bercerita mengenai masa lampau…

Alangkah sedihnya,
apabila lidah dengan angkuh dan hebatnya
menggunggapkan
kepada diri sendiri,
kepada keluarga,
kepada kawan-kawan,
kepada masyarakat,
kepada media,
kepada dunia…


AKULAH ISLAM

KAMPUNG AKULAH KAMPUNG ISLAM

NEGERI AKULAH NEGERI ISLAM

NEGARA AKULAH NEGARA ISLAM


Betapa tidak malunya kita mengakui sedemikian…

Cerminlah diri kita…

Sesungguhnya tiada gunanya unggapan sehebat itu bagi Allah…
Seandainya demikian???

Dimanakah niat bagi yang ikhlas
bagi orang-orang yang berada di Negara bukan Islam,
bukan juga dari keluarga Islam…

Bukankah keikhlasan hati dikira oleh Allah
berbanding unggapan
yang terlebih manis dari madu…

Berbalik pada skop masa…
Nikmat masa yang telah dikurniakan oleh Allah
kepada kita amatlah luas dan besar…

PERSOALANNYA???

Adakah kita mengisinya dengan perkara-perkara yang bermanfaat…

Dengan ini marilah kita sama-sama
membuka kitab suci al-Quran
menerusi surah Al-’Asr

وَٱلۡعَصۡرِ
Demi Masa!

إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian

إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡر
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Menerusi ayat berkenaan,
adakah cukup untuk kita buktikan
kepada Allah nanti dengan
pengakuan bahawa

"aku Islam"?
Status agama aku Islam tertaip kemas di mykad???
Dipandang gah oleh serata dunia bahawa negaraku "negara Islam"???


Jika beranggapan sedemikian
Betapa kosongnya dada kita,
kosongnya jiwa kita,
kosongnya nur Islam,
betapa sunyinya kehidupan mereka dengan suasana kehidupan Islamiyyah…
Tiada kesan kemurnian hidayah dari Allah swt...

Sepatutnya…

Kenyataan "aku umat Islam" itu
disusuli dengan tindakan dan pengamalan kita
sepanjang 24 jam sehari
dengan kehidupan yang telah dianjurkan
oleh Islam menerusi contoh
tauladan yang telah di sampaikan
oleh Rasulullah saw…

Untuk mengaku Islam,
kita mastilah berusaha
sedaya upaya untuk mengamalkan perintah Allah
sepanjang kehidupan kita seharian,
bermula dari bangun tidur sehingga tidur semula…

Segala perkara berikut
telah diberi panduan serta
petunjuk oleh Allah
menerusi al-Quran
serta Rasulullah saw menerusi al-Hadis…

Allah swt sendiri telah bersumpah dengan masa…
Bahawa betapa ramainya manusia
yang tidak memanfaatkan masa
yang lebih tinggi dari nilai jongkong emas itu…

Betapa lenanya manusia diulik kelekaan
sehingga tidak tersedar bahawa
segunung masa telah dipersia-siakannya…

Alangkah ruginya kita…
Alangkah bodohnya kita…
Alangkah celakanya kita…

Sekiranya bongkak…

Allah swt telah memberi peluang untuk kita
menikmati masa,
memelihara Al-Quran dari kemusnahan
sebagai rujukan kita,

Namun… Tidak mengisi masa yang ada dengan mentadabbur al-Quran…

Dipenghujung surah diatas,
Allah swt telah memberi cara
serta kaedah yang terbaik
untuk umat Islam
untuk keluar dari tersesat dalam "mehnah peta masa"…
Iaitu dengan mengerjakan
perkara-perkara dan amalan yang baik lagi soleh…

Disamping itu juga...
Mestilah mengamalkan hidup bermasyarakat
yang sihat dengan berpesan-pesan
untuk menuju kearah kebaikan bersama-sama
samada didunia dan akhirat…

Segala kelemahan hasil tulisan ana ini didahului kemaafan.....
Semoga Allah swt memberi sedikit manfaat kepada
ana dan antum semua hasil dari post kali ini....


Wallahu a`lam.....
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...