Jumaat, 8 Oktober 2010

DIRI NAN TERBENGKALAI!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين وصلاة و السلام على حبيبنا مصطفى محمد نبي مرسلين وعلي آله وصحبه اجمعين... أما بعد


Alhamdulillah… Syukur ana kehadrat Rabbul `Izzati

kerana dengan taufiq dan inayahNya dapat ana melihat kembali laman ini

setelah sekian lama ‘terbengkalai’.

Sebelum ana pergi dengan lebih lanjut lagi,

suka ana ingin berkongsi sedikit pengalaman ana

bersama antum (kamu) semua.

Dalam masa ana ‘sibuk’ dengan urusan seharian

terlena dek buai kesibukan duniawi.

Ana agak tersentak dan berasa takjub dengan

para ulama-ulama terdahulu.

walaupun teramat jauh bezanya,

ana lihat usaha ana

memang kosong berbanding dengan

mereka....

Subahanallah…


Dalam kesibukan mereka dilambakkan

dengan pelbagai jawatan dan tugas

sebagai ketua ummat,

ketua keluarga,

pendakwah total tanpa mengira batas masa

namun masih sempat untuk mengarang kitab-kitab

yang begitu hebat dan besar manfaatnya kepada kita

sehingga ianya menjadi rujukan sehingga hari ini.

Yang paling hampir dengan kita adalah

seperti doktor Yusuf al-Qaradawi

merupakan warisan ilmuan terkemuka dalam dunia Islam dan dunia.

Sepertimana yang diketahui umum bahawa

beliau amat aktif berdakwah samada dalam persatuan,

dakwah secara lisan

mahupun bertulis.

Namun begitu beliau masih lagi berkesempatan

mengkaji masalah

membuat rujukan

sebelum mengeluarkan fatwa berkaitan pelbagai masalah ummat.


Dalam masa itu,

beliau masih mampu membahagikan masa

untuk berbakti kepada masyarakat bagi memahamkan agama kepada

yang memerlukannya antaranya melalui pencetakan kitab-kitab karangannya.


Innalillahi wa inna ilaihi raji`un.

Ana terasa amat terpukul dan terhina dek kelalaian diri sendiri.

Nikmat masa muda,

nikmat masa lapang,

nikmat kesihatan,

nikmat harta,

nikmat nyawa dan nafas.


Lima nikmat yang besar tadi mungkin gagal di uruskan dengan sebaik mungkin.

Jika sunyi dari suntikan nur Quran serta Hadis.


Ana suka mengajak diri ana serta sahabat-sahabat

untuk menyediakan ruang dan peluang

untuk diri kita sendiri

bagi memanfaatkan kelima-lima nikmat tadi sebelum kehilangannya,

sebelum dipersoalkan,

sebelum “dinobatkan” pemegang trofi zalimi diri sendiri.


Allahu akbar…


Kehidupan bermasyarakat teramatlah penting bagi kita,

agar kesilapan kita dapat ditegur dan diperbetulkan oleh masyarakat sekeliling…

Begitulah juga halnya dengan diri kita,

perlu,

harus

dan juga wajib

untuk menegur serta memperbetulkan kesilapan diri sendiri

serta bagi menyampaikan sesuatu ilmu atau peringatan pada orang lain.

Dalam perkara ini Islam meletakkan landasan yang amat teliti,

halus, bersistem lagi jelas untuk berdakwah.

Dalam kata lain cara menyampaikan dakwah dengan cara Islam.



Sama-sama kita rujuk kitabullah menerusi surah An-Nahl: 125.


ادع الى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجدلهم بالتى هى أحسن ان ربك هو اعلم بمن ظل عن سبيله وهو أعلم بالمهتدين

Maksudnya: "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu (Islam) dengan berhikmah dan pegajaran yang baik dan berbicaralah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk".


Disana terdapat tiga tunjang penting yang mesti difahami dengan sebaiknya.

$ Berdakwah secara bijaksana.

$ Memberi peringatan atau nasihat sebaik mungkin.

$ berdialog atau berbicara dengan cara terbaik.


(Insya Allah ana cuba perincikan ketiga-tiganya pada masa akan datang.)

Dengan itu, ana minta antum semua yang mengenali ana

melalui laman ini

atau secara terus

agar dapat menegur apa sahaja kesalahan yang telah ana buat

samada dalam perbuatan,

pertuturan,

penulisan,

pemakaian

dan sebagainya.

Berpeganglah dengan

"biar dibenci kerana teguran kelak disayangi kerana kebenaran..."


Alhamdulillah....

Wassalamualaikum...