Ahad, 25 April 2010

SOAL HATI???

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....

Ana ingin mengajak antum semua skuba satu tempat yang amat dalam
sehingga hampir seluruh manusia kelemasan dek tempat ini....


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:


Sesungguhnya perkara yang halal
itu terang jelas,
dan sesungguhnya perkara yang haram
itu terang jelas,
dan di antara kedua perkara tersebut
ada perkara-perkara
syubhat yang kesamaran yang kebanyakan
manusia tidak mengetahuinya.

Barang siapa yang menjaga perkara syubhat maka
sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.

Dan barang siapa yang terjatuh dalam perkara syubhat,
maka dia telah jatuh dalam perkara haram,
umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan,
dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan
dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah
perkara-perkara yang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak,
maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati. (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

marilah sama-sama kita skuba hati masing-masing...
berapa kalikah aku memperbaharui imanku pada hari ini?...
adakah telah mengucap syukur kepada Pencipta ku pada jam ini?...
adakah aku telah bertaubat akan noda pagi tadi?....
siapakah diri ini?...

ana bukan meminta jawapan dari persoalan tersebut...
tiada gunanya jawapan...
tiada gunanya ilmu...
tiada gunanya kepintaran....

hanya perkara yang kita semua sering melupainya.......
adalah, hati!!!!

Allah tidak melihat kebijaksanaan kita.......
tidak pada segulung ijazah, master, phd.....
tidak pada ramainya penyokong....

hanya nilai taqwa dan hati menjadi pengukur kepada keimanan.......
jaga hati, selamat diri, musuh dihindari...

wassalam...........


Rabu, 21 April 2010

Mengapa jauhar??

Bismillahirrahmanirrahim...

syukur kehadrat Illahi, selawat serta salam keatas junjugan kekasih agung Sallallahu Alaihi Wasallam.... penghulu seluruh alam, serta kaum kerabat Baginda.....


Alhamdulillah... syukur kerana Allah masih memberi peluang kepada ana untuk menyedut oksigen di bumiNya lagi pada saat ini... begitulah hukum alam, semua benda yang bernyawa wajib (dengan izin Allah) akan menemui kematian... hanya masa dan ketikanya sahaja yang menjadi tanda tanya... untuk itu, ana ingin mengajak pembaca yang budiman semua untuk sama-sama kita mengingati mati... mudah-mudahan dengan demikian segala tindak tanduk kita semua akan mudah dikawal oleh pancaindera IMAN bukan nafsu semata-mata...

memandangkan masa ana yang kurang mengizinkan, ana ingin memberi sedikit penjelasan mengenai persoalan yang telah dibangkitkan, mengapa jauhar dan apa itu jauhar?... ana sebenarnya bukan arif sangat dalam bidang agama dan bahasa arab ni... apa yang ada ni hanyalah merupakan sumbangan dari ustaz dan ustazah yang bertungkus-lumus mengajar ana sejak ana umur 7 tahun sehingga sekarang... hanya lafaz jazakumullah khaira jaza` yang ana mampu tujukan kepada mereka...

berbalik kepada asal... mengapa ana pilih jauhar 1406 sebagai tajuk laman maya ana ni... kalau ikut hati memang banyak nama yang bermain difikiran ana mengenai nama blog ana ini, namun jauhar juga menjadi pilihan, apa sebabnya?... menurut sumber rujukan ana, iaitu kamus turun-temurun ana dari abang-abang ana judulnya kamus idris marbawi cetakan tahun 1350h (lebih tua dari ana) muka surat 116 menyatakan jauhar bermaksud benda atau barang, manakala perkataan jauharatun (jamaknya jawahir) membawa maksud permata...

bertitik tolak dari situlah ana memilih jauhar yang bermaksud permata sebagai nama laman blog ana ini... secara keseluruhannya maksud jauhar 1406 itu adalah permata 1406... mudah-mudahan blog ini dapat memberi sedikit sinar kepada ana dan antum semua dalam mencari permata islam yang sebenar sepertimana ajaran yang telah dibawa oleh Baginda SAW menerusi al-Quran dan al-Hadis...

ana mengharapkan antum semua dapat membantu ana dalam mencari permata Islam yang hakiki....

Wallahu a`lam....

Selasa, 20 April 2010

Mukaddimah

Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakatuh...

Selamat berkenalan kepada antum semua. Pertamanya ana nak ucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bikum kepada yang sudi melawat ana melalui alam siber ini... Subahanallah, besar sungguh rezeki dan nikmat Allah berikan kepada ana hari ini... Setelah sekian lama ana mencari cara yang di anggap baik (bukan terbaik) untuk berhubung dengan masyarakat umum... Ini adalah hari yang pertama ana berjinak-jinak dengan alam siber ni, rasa janggal pulak... Apa-apa pun ana bersyukur dan berdoa agar Allah memberkati dan merahmati kita semua, mudah-mudahan kita dapat berinteraksi secara sihat dan sama-sama dapat berkongsi input yang berguna sebagai bekal kita menuju Rabbul Izzati...

Sekadar ini sahaja bagi pengenalan laman ana ini... yang penting bagi ana adalah ISLAM itu pokok???..

selamat berkenalan...

wassalamualaikum warahmatullah...